sila tinggalkan jejak anda...thanks

u

Tuesday, June 22, 2010

Guru...Jasamu dikenang selamanya..





(Sajak untuk guru)

Guru...

tanpamu aku tidak bisa berdiri di menara gading,

kau mendidik anak bangsa tanpa jemu,

dari bertatih..engkau mengajar kami berjalan,

dari gagap tutur kata,kini mula lancar berkata-kata,

dari buta huruf,kini bisa mereka cerita,

dari degil dan malas,kini mampu menjadi pendita,

itulah guruku,semangatmu bagai api yang berkobar-kobar,

membakar dan menyala menerangi manusia...




Ya...
sememangnya setiap insan tidak kira doktor,profesor,saintis,jurutera
atau sesiapa sahaja lahir dari didikan seorang guru..
Guru umpama lilin yang menerangi kita semua tidak kira warna kulit,bangsa mahupun agama..
segala-gala membantaskannya atas satu pegangan iaitu memberi didikan atau mentarbiah seseorang individu..

daripada menulis..kini mula mengeja..
daripada mengeja..kini sudah pandai membaca..
daripada membaca..kini sudah mula menulis cerita..


saya pasti setiap insan mempunyai pengalaman semasa di alam persekolahan.

pengalaman semasa di sekolah rendah...

cikgu norhayati..
sememangnya nama yang tidak asing lagi bagi murid-murid sek. keb. jalan pasar 2,
guru muda...masih garang lagi la katakan..
mengajar kami matematik..
minggu pertama darjah 6,

"bangun sume"..jerit ketua darjah saudara izham...
"assalamualaikum cikgu"..


huhu...memang seronok zaman sekolah rendah..
taat dan patuh pada ketua darjah..
selepas itu cik norhayati memperkenalkan namanya..
minggu pertama sekolah memang bersemangat..
darjah 6,sepatutnya sifir 1 hingga 12 wajib hafal..
kalau tak..duk darjah 1 balik la..huhu..(penulis berseloroh)

"ok sume..mulai saat ni dan minggu seterusnya setiap kali kelas saya lepas beri salam sume kena bangun yer"..kata cik norhayati.
"erm????..kenapa plak"..fikirku..
"saya akan soal kamu sifir dan pastikan kamu sudah lancar sifir 6 hingga 12.."
"uishhh..balik ni kena study sifir nampaknya"..ak bermonolog..

keesokan harinya..

"ok..sekarang saya nak suma bangun"...kata cikgu norhayati...
ditanganya disiapkan dengan rotan..
"wah..takot siot"..kataku pada nadhir..rakan sebelahku..
"8x9 berapa?" tanya cikgu pada hanis..
"erm....."..hanis terdiam
"lambat..angkat tangan"..sambu cikgu hayati.
"piyapppppppppp...."rotan menghinggap tangan hanis..
"awww.."..hanis bersuara..
"cam ni habisla kita izzam.."kataku..


saat ditunggu-tunggu telah tiba..
kini cikgu norhayati di depanku..

"7x9 berapa?"..
"krukk.krukk"..aku menggaru kepala..
"lambat...tadah tangan"..cikgu norhayati
"piyapp....".."adoiii..."..aku berbunyi sambil mengusap tangan..

begitulah setiap kali kelas matematik..
sehinggakan semua murid dapat A dalam subjek matematik.
memang berkesan..
kalau tidak..mungkin saat ni penulis tak khatam sifir 12 lagi..huhu~

ini serba sedikit cerita penulis semasa dia alam persekolahan..
seronok sangat..makan murah..belanja pun x mewah..
seronok dengan kawan-kawan..

Itulah guru kita..
berbeza dengan murid-murid sekarang..
rotan tak boleh..silap2 cikgu pula kena buang..
kesian..=(


Kisah imam syafie satu teladan..


Kisah imam syafie menghormati gurunya sungguh hebat..
tidak pernah meninggikan suara dan hanya berkata apabila perlu sahaja..
beliau berguru dengan imam malik.
imam syafie seorang yang halus dan teliti.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Jadi...dimanakah kita???
sejauh manakah keberkatan ilmu yang kita pelajari?
mampukah kita menjadi sehebat imam syafie??
kesimpulannya,ilmu itu bersih dan ilmu itu cahaya,
hanya masuk ke hati yang bersih dan suci..
jadi..sama-sama kita renungkan..
selamat beramal..

2 comments:

  1. 'Dulu dan kini berbeza'

    guru jasamu dikenang...
    gurulah yg berjasa mendidik kita hingga berjaya..mendidik kita utk kita membina hala tuju ms depan yg cerah...untuk menjadi..engineer..lawyer..doctor...pilot..etc..
    menjadi guru?? urmm...
    kenapa x ramai yg bercita2 mnjd guru?? sedangkan semuanya bermula dengan guru??
    x standard??? depends on indivdu....

    guru...jasamu dikenang...
    tp kini guru jasamu tidak lg dikenang..guru kau tidak lg dihormati..guru kau 'didera' oleh makhluk bernama 'pelajar'...
    mengapa hal ini blh berlaku??
    adakah segalnya berpunca dr guru??
    pelajar itu sendiri?? ibu bapa?? masyarkat?? sekolah??
    you fikirlah sendiri..
    mengapa byk kes skang melibtkan 'penderaan' guru oleh pelajar??? adakah guru x beri cukup didikan?? huh?? atau pelajar tu sendiri yg kurang didikan???
    dimanakah letaknya maruah seorg guru?? sudah tiada nilai lagikah??
    mengapa susah sgt pelajar skang utk hormat pd guru yg byk memberi ilmu pd mereka?? jika begini lah sikap mereka..dimanakah keberkatan ilmu yg mereka ade??
    sungguh sedih bukan???
    sy ade sedikit pengalaman sms berada disekolah walau hanya utk beberapa minggu...

    ada 2 org pelajar lelaki lalu disebelah...
    biasanye pelajar akn beri salam pd ckgu bukan??
    tp sebaliknye yg berlaku..pelajar tdk mmbri salam malah sengaja melakukan aksi kurang elok sehingga sy pon tertipu dan malu..marah juga bengang...
    sy bukan minta utk disanjung tetapi cume mahu dihormati sbg seorg guru..itu shj..tidak lebih..
    kalau mcm tulah perangai pelajar...memang x berkat ilmu mereka...sengaja menyakiti guru...
    sekadar luahan...

    semunya bergantung pd diri sendiri utk melihat sejauh mana jasa guru pd kita..yg telah byk memberi ilmu...jika dibandingkan dgn ibu bapa..rasanya guru lg byk berjasa dr segi memebri ilmu sbb byk masa pelajar dihabiskn disekolah bersama guru...sy bukan menafikan jasa ibu bapa..

    guru..jasamu tetap dikenang selamanya...

    renung2kan dan selamat beramal... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..betul kata saudari...semuanya atas kita..ada yang lupa diri bila dah berjaya..tidak tahu asal usul..itulah manusia yang fitrahnya pelupa..semoga kita mengambil iktibar dari kisah teladan imam as-syafie.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...