sila tinggalkan jejak anda...thanks

u

Sunday, March 13, 2011

choose ur dream car...













Berapa agaknya mereka menghabiskan duit bikin kereta-kereta ni yer..
tapi menarik juga melihat kreativiti yang dihasilkan..kadang-kadang membazir pun ader gak..
agak-agak kalau convert kereta malaysia lagu ni mesti dah kena tahan dengan JPJ..haha~..

Fikir dahulu sebelum buat..kerata adalah isteri kedua lelaki..hurm..kalau dah minat..duit pun x kesah....b2ol ker?...
tepuk dada tanya iman..sekian.

Japan Earth quake..

assalamualaikum..

Kita digemparkan dengan gegaran 8.9 skala richter di kepulauan jepun..
Hal ini mengakibatkan gelombang tsunami yang terbesar berlaku sejak 140 tahun dahulu..Malaysiakini menyifatkan bahawa lebih 1000 mangsa dikhuatiri terbunuh dalam
tragedi tersebut..

Ekoran peristiwa tersebut,malaysia menghantar pasukan 'SMART TEAM" yang terdiri daripada doktor perubatan dan penyelamat untuk memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat.



SMART team????????????????????????????????...=)

Disini...sy ingin kongsikan sedikit gambaran peristiwa tsunami di Jepun..
dasyattttttttttttttt............(nazmi raja lawak)..=)



kerata toyota..wah...brape agaknya kerugian ni yer..
kena jual kat besi buruk jela...haha~








Mudah-mudahan kita semua selamat dari bala ALLAH s.w.t..
mungkin pengajaran buat umat manusia yang semakin lalai dan leka..
apa yang penting....kerjasasam(wonderpet)..
eh..slap2...banyakkan berdoa dan memohon ampun kepada yang maha Esa..

"Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan ucapan salawat dari Rabb mereka dan curahan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157).

Tuesday, February 22, 2011

man hua DORAEMON?(siapa doraemon sebenarnya)

assalamualaikum w.b.k..

(Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang)

lama dah x update blog..berbulan-bulan kot..
tiba-tiba teringat kat kawan seorang ni yang minat dengan kucing..
jadi just kongsikan dengan kawan-kawan yang lain ape uniknya doraemon ni berbanding kartun-kartun yang lain...

setiap orang pasti melalui zaman kanak-kanak dengan menonton 'cartoons' sebab zaman kanak-kanak penuh dengan keseronokan dan hiburan right?

Jadi..apa kata kita kaji sikit dari mana datangnya doraemon ni..



Kelahiran Doraemon..

1.Doraemon adalah sebuah robot yang diciptakan pada abad 2112 dan merupakan taip robot pada abad yg ke-22..



2.disebabkan 'production' tidak begitu baik,doraemon menjadi robot '2nd hand'
or barangan 'reject'..




3.oleh kerana itu,doremon mengalami masalah pick up dalam study..
doraemon selalu gagal dalam peperiksaan..menyebabkan doraemon dihantar ke akedemi robot rumah tangga(ader ker)...mcm akedemi fantasia gak la..=p



4.akhirnya dia berjaya dalam pepriksaan..akan tetapi setiap kali ujian bulanan dapat
kosong jugak..(kelakar betol)...cuba tengok markah yang doraemon dpt..



5.Ditakdirkan doraemon dijadikan pengasuh untuk keluarga nobita..dia ditawarkan
bekerja dengan sebuah keluarga miskin dan dijadikan sbg 'babysitter'..



6.Pada suatu hari, ketika Doraemon sedang tidur nyenyak,telinganya digigit oleh
seekor robot tikus.
(Catatan: Sumber lain mengatakan bahwa robot tikus tersebut merupakan milik Sewashi, Nobita great great grandson)



7.Hal ini menyebabkan doraemon berasa sedih yang teramat sangat mcm orang baru putus cinta la...dan menangis selama 10 hari(bole caya ker)..entahlah..



8.Air mata membuat warna aslinya yang kuning terang menjadi luntur…
Air matanya menghapus warna tubuhnya…

9.Doraemon berubah menjadi apa yang kita kenal sekarang: sebuah robot kucing biru
tanpa telinga...



Kisah di-atas adalah rekaan penulis semata-mata berdasarkan pembacaan atau research masa zaman kecik-kecik dahulu...tiada kaitan yang hidup ataupun yang telah mati..

Ni pun doraemon jugak ker?hehe...




IBRAH dari cerita DORAEMON...

Apa yang cuba saya ketengahkan adalah nk menceritakan bahawa sebenarnya tiada kuasa ajaib yang wujud kat dalam dunia ni melainkan ALLAH s.w.t..termasuklah segala 'man2' yang ader..
batman,spiderman,superman,ultraman,keluang,tiongman or cicakman..adalah dakyah yahudi supaya nk mendoktrinkan minda manusia bahawa kagum dengan mereka...kerana apa?sebab dajjal akan muncul di akhir zaman..dan manusia yang jahil akan percaya pada dajjal dengan kuasa yang ada padanya...jadi..sebagai seorang mukmin..
kita hendaklah selalu berdoa:

"Doa Rasulullah S.A.W,

"Ya ALlah,Aku berlindung dengan Engkau dari sifat malas dan umur keliwat tua,dari segala dosa dan hutang, dari fitnah kubur dan azab kubur, dari fitnah Neraka dan azab Neraka,dari bahaya fitnah kekayaan,aku berlindung dengan Engkau dari bahaya (Fitnah) kemiskinan, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Al-Masih Dajjal, Ya ALlah bersihkan diriku dari kesalahan-kesalahanku dengan air,dengan salju dan air mawar,bersihkan pula jiwaku dari segala kesalahan seperti bersihnya kain putih dari daki dan jauhkan aku dari kesalahan-kesalahan seperti jauhnya jarak antara timur dan barat"
(Hadis Sahih riwayat Bukhari/Muslim/Nasa`i/Ibnu Majah dari Aisyah)..

jadi..renung-renungkan dan selamat beramal..

cerita doraemon adalah selingan sahaja..=)

Thursday, February 3, 2011

pengalaman pelajar di mesir

"Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi" kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.

Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.

Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.

"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.

"Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan," katanya.

Beliau berkata bimbang dengan keadaan tersebut, mereka nekad menyewa sebuah kenderaan tiga hari lalu untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah namun terkandas di lapangan terbang tersebut setelah gagal menaiki kapal terbang meskipun telah membeli tiket.

"Keadaan di dalam terminal sangat tegang.. semua orang berebut-rebut untuk menaiki kapal terbang. Meskipun kita sudah beli tiket dahulu tetapi itu tidak menjamin kita boleh dapat naik penerbangan tersebut," katanya sambil menambah mereka menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan lain.

Nurul Shafiqah pula berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia yang terkandas di lapangan terbang itu sejak meletusnya tunjuk perasaan pada 29 Januari lalu dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila mereka kehabisan wang selain bekalan makanan semakin berkurangan.

"Kami semua duduk dan tidur di atas lantai dengan beralaskan kotak. Malah ramai yang menangis ketakutan dan ada yang telah berada di lapangan terbang tersebut sejak empat hari lalu.

"Kami hanya makan sedikit roti dan air mineral dan terpaksa mencatu makanan kerana bekalan makanan semakin berkurangan selain tidak dapat membuat pengeluaran wang malah roti dan air dijual dengan harga yang sangat mahal," katanya.

Sementara itu, Nor Akhbariah Md Najas, 20, pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Tanta, Mesir berkata keadaan di Tanta tidak seteruk Mansoura tetapi mereka tetap mematuhi perintah berkurung pada setiap malam.

"Banduan berada di mana-mana dan setiap hari ada sahaja rumah yang dipecah masuk serta barang dilarikan malah kereta kebal dan tentera juga ada di semua kawasan. Keadaan seperti itu sangat menakutkan," katanya yang turut terkandas di lapangan terbang itu selama dua hari.

Ibu kepada Nor Akhbariah, Jamaliah Mohd Salleh, 57, pula berkata ketika pertama kali mendengar insiden Mesir di televisyen, beliau berasa susah hati dan bimbang keselamatan anak kelimanya itu sebelum bertindak memasukkan wang ke dalam akaun Medic Mesir.

"Medic Mesir sangat bertanggungjawab, mereka membelikan tiket untuk Nor Akhbariah pulang ke tanah air. Kita cuma berharap pihak kedutaan juga dapat menghulurkan bantuan dengan lebih pantas kepada pelajar-pelajar yang masih terkandas di sana," katanya.

- Bernama

Sunday, January 9, 2011

Di mana akhlak kita?...

assalamualaikum w.b.k..

cukup sedih bila melihat remaja zaman sekarang leka dan alpa dengan keseronokan dunia..
Statistik yang dikeluarkan oleh melaysiakini setiap hari ada sahaja bayi yang dibuang..
kita melihat bahawa antara faktor kerosakan akhlak remaja zaman sekarang adalah disebabkan membudayakan budaya couple di alam persekolahan mahupun kampus..
bila dah terlajak...
si lelaki tidak ambil tahu akan tanggungjawab terhadap si perempuan..
kenapa ini berlaku???
kita hairan kerana setiap kali masuk waktu solat kita menunailkan solat sehari semalam..
akan tetapi,solat kita tidak dapat membendung daripada melakukan kemaksiatan dan terus bergelumang dengan dosa..
adakah solat kita sekadar melepaskan batuk ditangga ataupun sambil lewa???
sama2 kita muhasabah...
jadi..jalan yang terbaik adalah..dekatkan diri dengan allah(taqarrub) dan mempelajari ilmu agama serta menjaga adab pergaulan(akhlak) kita sesama muhrim..

akibat perbuatan zina:














adakah kita masih buta dan tuli???
sanggupkah adik-beradik perempuan kita dilakukan sedemikian..
tepuk dada tanya iman...
ingat wahai golongan adam..
pergauilah golongan hawa ini dengan cara yang baik yaitu halal(niqah) kerana yang haram itu membawa kemudharatan kepada kamu...seperti wabak aids dan sebagainya..

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”

Sememangnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan kotor sehinggakan Allah memerintahkan mereka yang berzina di hukum dengan 100 kali sebatan, sebagaimana yang Allah firmankan dalam surah An-Nur ayat ke-2, yang bermaksud: “Perempuan-permpuan dan laki-laki yang berzina, hendaklah keduanya didera(sebat) dengan masing-masing 100 deraan(sebatan).”

Mungkin kerana hukuman yang diwajibkan oleh Allah ditentang serta system kawalan masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab terlalu lembab ditambah lagi dengan ceteknya ilmu dan lemahnya iman menyebabkan kes zina semakin merebak.

Amat malang lagi sekiranya mereka yang terus denga perbuatan hina ini dan mati sebelum bertaubat kerana seksaan di akhirat leboh dasyat dari 100 sebatan.

Rasulullah s.a.w ketika Israk dan Mikraj di perlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Mereka diganting pada buah dada mereka dengan rantai api neraka sedang dari kemaluan mereka keluar nanah dan lender yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka sendiri mengharap dan mengeluh, meminta agar mereka dijauhi dari penzina tersebut.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Takutlah kamu berbuat zina kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 macam bala dan seksaan.

Tiga bala sewaktu didunia iaitu:

-Allah mengurangkan rezekinya

-Hilang keberkatan hidupnya

-Seksaan sewaktu nyawanya dicabut.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...