sila tinggalkan jejak anda...thanks

u

Friday, August 27, 2010

Nuzul Quran..."one miracle"



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ramadhan bulan yang penuh baraqah...bulan yang mana diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk buat manusia sekalian alam.
AL-Quranul qarim adalah mukjizat agung yang terbesar nabi Muhammad s.a.w yang mana tidak seorang manusia yang mampu menandingi bahasa dan isi kandungan al-quran dan ALLAH s.w.t sentiasa memelihara AL-quran sepertimana firmannya:

“Sesungguhnya Kami-lah yang telah menurunkan peringatan ini dan sesungguhnya Kami-lah pemeliharanya”. (QS.Al-Hijr:10).

Sebagai individu muslim,kita sewajarnya perlu mengetahui sejarah penurunan al-quran kerana al-quran merupakan panduan atau bekalan hidup kita di dunia.Membaca al-quran sahaja tidak cukup tanpa mendalami dan memahami isi kandungan al-quran itu sendiri.
Al-quran sepatutnya dijadikan teman hidup dan dibawa kemana-mana agar memberi kekuatan kepada kita dalam menempuh mehnah dan tribulasi masa kini.
Kekangan nafsu dan syahwat merupakan agenda penting yang perlu dididik awal-awal kerana mampu merosakkan akhlak pemuda-pemudi masa kini.
Lihat sahaja keadaan masyarakat masa kini yang telah rosak disebabkan perhungan yag terjalin tanpa batasan syariat yang menyebabkan kelahiran anak luar niqah.Hal ini merupakan barah atau penyakit sosial yang melanda masyarakat dunia masa kini.



Firman ALLAH:

"..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..."
[24:30]

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.."
[24:31]

"..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan..."
[24:32]

"..Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.."
[24:33]

Jadi,jelas ayat ALLAH melarang perbuatan perhubungan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah.Itulah al_quran yang menerangkan peraturan dan wasilah perjalanan hidup dari zaman nabi adam hinggalah umat akhir zaman.

Berbalik kepada al-quran,Al-Quran mengadungi 114 surah dan 6236 ayat.Di dalamnya menceritakan tentang hukum,sirah para anbia,sains,perundangan,nasihat dan sebagainya yang syumul tanpa ada sebarang cacat selanya.Itulah qalam ALLAH s.w.t yang ditutunkan daripada luh mahfuz(arash ALLAH) secara serentak ke sidratul muntaha sebanyak 30 juzuk.
Kemudian di turunkan ke baitul-izzah(langit dunia)dan seterusnya kepada nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat-peringkat melalui malaikat Jibril a.s.Wahtu pertama adalah Surah AL-Alaq(ayat 1~5)yang menyuruh kita membaca atau menuntut ilmu.
Itulah keajaiban al-quran yang berlaku pada junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w.

Kemudian wahyu ke-2,surah al-muzammil yang mana menyuruh nabi bangun dari selimut/tidur dan mengerjakan solat.

Sebab nuzul surah ini ada 2 pendapat.

1.Orang quraish berkumpul di darulnadwah dan merancang untuk meruntuhkan dakwah rasulullah.Rasulullah tahu,maka baginda berselimut dan tidor.
2.Rasulullah diwahyukan beruzlah selama 3 tahun sebelum kerasulannya dan beribadah digua hira'.

Al-quran adalah senjata umat islam.Jadi senjata ini perlu dibawa kemana-mana umpama kita membawa wang untuk membeli makanan ataupun keperluan harian.manfaatlah membaca al-quran dibulan ramdhan ini kerana sabda baginda muhammad s.a.w:

"Kepada kamum yang suka berjemaah di rumah-rumah ibadat, membaca Al-Quran secara bergiliran dan mengajarkannya terhadap sesamanya, akan turunlah kepadanya ketenangan dan ketenteraman, akan terlimpah kepadanya rahmat dan mereka akan dijaga oleh malaikat, juga Allah akan selalu mengingati mereka"
(diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah)

Dalam beberapa hadis yang lain,baginda ada bersabda.
Dipetik dari muttaqim.blogspot.com

HADIS-HADIS TENTANG KELEBIHAN MEMBACA &
MENDENGAR BACAAN AL-QURAN





Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”.
– Hadis Riwayat Muslim.


Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya”
Hadith riwayat Bukhari.

Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”
Hadith Riwayat Muslim.

Dari Nawwas bin Sam’an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya”.
Hadis Riwayat Muslim (dengan riwayat yang sahih)


Sabda Rasulullah s.a.w:
‘ Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf ‘
(Riwayat al-Tirmidzi)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Bacalah olehmu akan al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat memberi syafa’at kepada pembacanya”
(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran”
(Riwayat al-Tirmidzi)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari qiamat”
(Riwayat Ahmad)

Jadi sahabat-sahabat rebutlah peluang dalam ramadhan yang berkah ini.
Itulah janji ALLAH bahawa telah dijadikan satu malam yang mana penuh baraqah dalam bulan ramdhan iaitu lailatul-qadar.Sepertimana firmannya:



Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...