sila tinggalkan jejak anda...thanks

u

Thursday, July 22, 2010

keberktan solat subuh..

Dengan nama ALLAH yang maha pemurahlagi maha penyayang...

Solat SUBUH... walaupun 2 rakaat tetapi kalau di tinjau ke masjid atau surau pada waktu tersebut mmg tak begitu ramai orang yang mengerjakannya secara berjemaah... .
Kenapa perkara ini terjadi agaknya sahabat-sahabat?

Rupe-rupenye..mereka dok tidur berselimut setelah mlmnya menghabiskan waktu untuk berjaga..membuat "assignment"..atau bercerita hal2 yang penuh dengan maksiat kepada Allah dan menyalahi-Nya...

Bagi diri penulis,keimanan seseorang hamba allah itu teruji dengan kekuatannya menjaga solat subuh berjemaah dengan penuh istiqamah dan khusyuk kepada allah s.w.t.
Sesungguhnya,di dalam al-quran Allah telah berfirman:

"Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"..

Mari kite menyelami keistimewaan solat Subuh dan peringatan dari Rasulullah SAW untuk pedoman kita semua..






" Tiada Solat yang paling berat bagi orang munafik melainkan Isyak dan Subuh. Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun mesti dengan merangkak.."
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah )

Keistimewaan solat Subuh yang mungkin kita tidak perasan selama ni... ..memelihara diri seseorang Muslim dan menjadi pengukur keimanan kita kepada Allah SWT... Pintu-pintu rezeki akan terbuka luas... seorang hamba, walaupun sezuhud mana pun dan sangat tidak peduli dengan urusan dunia, ia tetap senang kalau dilapangkan rezekinya..

Akhir kalimah..antara petua-petua berkesan untuk memelihara solat Subuh ialah..biasakan diri tidur awal... niat yang ikhlas dan azam yang kuat sebelum tidur...

Renung-renungkan dan selamat beramal...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...