sila tinggalkan jejak anda...thanks

u

Saturday, August 21, 2010

Statistik Iklim Sosial Negara : Parah !



1. Saya agak terperanjat apabila posting atau kenyataan saya mengenai punca berlakunya gejala buang bayi pada hari ini masih ditempelak. Sebahagiannya marah - marah kerana saya mengaitkan Malam Sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Malam Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan negara sebagai antara detik mulanya episode kejam ini iaitu buang bayi .

2. Sebahagiannya secara sinis mempersoalkan kenyataan saya dengan bertanyakan bukti . Sememangnya saya tidak mengemukakan bukti dalam posting saya terdahulu kerana menyangka perkara ini telah diketahui umum . Penyakit sosial dalam negara kita kini telah diketahui oleh semua dan hampir semua mengetahui apakah punca - punca utamanya selain faktor - faktor sampingan yang lain .

3. Saya akui , bukanlah semua penzinaan itu berlaku pada malam sambutan Tahun Baru atau malam Sambutan Hari Kekasih dan juga malam sambutan ulangtahun Kemerdekaan . Tetapi detik - detik perayaan dan sambutan yang diraikan ala barat secara tidak terkawal pada perayaan Tahun Baru , Hari kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan tersebut tidak boleh dinafikan bahawa ia adalah antara penyumbang besar kepada berlakunya penyelewengan sosial dan akhirnya terjerumus dalam kancah penzinaan .

4. Antara faktor lain yang telah saya sebutkan dalam posting - posting saya terdahulu bahawa ia hadhir dari satu kepincangan sistem yang kini sukar dibaiki setelah ianya jauh menyeleweng dari jalan Allah swt. kecuali menukar sistem dan peraturan yang melibatkan cara hidup agar melandasi syariat dan pedoman Rabbani [ wahyu Allah ] .

5. Antara faktor - faktor lain seperti :

* Lambakan filem dan bahan lucah dipasaran
* Laman - laman lucah di intenet tanpa sekatan
* Kurangnya didikan agama atau moral yang berkesan
* Keretakan hubungan keluarga dan rumahtangga
* Pergaulan bebas dan hidup liar tanpa tanggungjawab
* Budaya Hedonisme dan bebas agama


6. Sementara apa saya sebut mengenai sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan dalam negara kita adalah menepati salah satu dari punca yang dikenal pasti . Kali ini , bolehlah saya mengemukakan sedikit asas kenapa saya menegaskan demikian . Jika masih juga belum memadai , maaflah saya mohon , kerana saya pun tidak banyak masa untuk mengulas perkara yang telah diketahui umum .

a] Sambutan Malam Tahun Baru .

* Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang - undang Syariah jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Badarudin Ahmad Bustami berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia 16 sanggup menggadaikan maruah dengan mengadakan hubungan seks bersama 5 remaja lelaki lepasan SPM ketika menyambut malam Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Besar Kuantan Pahang .

Laporan Harian Metro [ 2 January 2009 ]

* Seorang penyampai berita swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan Tahun Baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara . Operasi tersebut diketuai oleh Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat , judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur .

Laporan Berita Harian [1 January 2009]

* Lebih 300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing - masing di tahan dan dibawa ke masjid Asy Syakirin berhampiran Menara Berkembar KLCC untuk menjalani sessi kaunseling dan motiasi dalam Ops Hijrah 2008 pada malam sambutan Tahun Baru .

Laporan Sinar Harian [ 2 January 2008 ]

* Pesta seks besar - besaran di tepi pantai di Johor Bharu bagi menyambut Tahun Baru . Syarat dikenakan ialah lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dalam manakala wanita perlu memakai G-String dan sedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan Tahun Baru.

Laporan Harian Metro [ 1 January 2009 ]

* Bagai menjadi satu trend remaja sekarang ! demikianlah kata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Ghazali Abdul Aziz selepas berjaya menangkap 56 remaja berkhalwat di bilik - bilik hotel sekitar bandar Kuantan sempena sambutan tahun Baru .

Laporan Kosmo [ 2 January 2009 ]

* Mat Zahari Ali pengunjung di Bukit Bintang memberitahu Harakah ketika ditemui pada malam sambutan Tahun Baru bahawa sambutan pada malam itu sangat menjijikkan apabila beribu - ribu pengunjung yang datang ke situ dapat menyaksikan satu tarian wanita separuh bogel di Yegas Club berhampiran Times Square pada jam 11 malam . Mereka menari dan melalak seperti hilang aqal setelah meminum arak dan berhibur secara keterlaluan . Jijik dan lucah . Sementara itu Ketua Pemuda DAP [2004] Teng Chan Kim berkata : "Malaysia sepatutnya sudah meninggalkan budaya menyambut hari besar dengan hiburan semata - mata" .

Laporan Harakah [ 2 January 2004 ]

b] Sambutan Hari Kekasih










* Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja [KEWAJA] Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu lupa diri ketika menyambut Hari memperingati Kekasih. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam kemudian mengambil pil khayal sehingga mereka berzina lalu hamil .

Utusan Malaysia [ 10 februari 2007 ]

* Pengarah Kem Modal Insan KEWAJA Yahaya Mohamed Yusof yang telah mengendalikan 3000 kes mengandung luar nikah sejak 1998 berkata : Kira - kira 50 peratus daripada mereka adalah pelajar sekolah menengah atas dan IPT dan diakui bahawa setiap kali tiba musim perayaan [sambutan], kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu .

Utusan Malaysia [ 10 Februari 2007 ]

* Baru - baru ini satu lagi kecelakaan sempena sambutan hari kekasih , apabila satu kempen "No Panties" sempena sambutan Hari kekasih dilancarkan dalam negara kita . Untuk apa sambut Hari Kekasih tanpa seluar dalam ni ? kalau tidak merancang untuk melakukan maksiat !

Laporan Harian Metro [ 14 Feb 2010 ]


7. Ya Allah ! banyak lagilah bukti dan laporan atau statistik yang boleh ditulis . Tapi cukuplah saya tunjukkan 2 atau 3 fakta tersebut dan lihat sahajalah pada angka yang terlibat sudah cukup meresahkan dan membuktikan ianya suatu yang parah . Kalau tak cukup lagi , lain kali lah saya tulis . Mungkin lepas Ramadhan nanti sebab masih banyak ibadah khusus yang saya mahu lakukan . Mungkin juga sahabat - sahabat boleh tolong sambung . Semua orang tahu lah perkara ini atau ada orang sengaja buat - buat tidak tahu . Apa boleh buat !

dipetik dari blog episodeperjuangan.blogspot.com

maka tidak dapat tidak hukum ALLAH semestinya lebih adil untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka yang melakukan zina disebabkan oleh pergaulan bebas dan hubungan seks bebas.

sepertimana firman ALLAH s.w.t:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

2 comments:

  1. assalamualaikum saudara...

    pd pendapat sy lah kan...
    punca pertama sekali adalah gejala kapel dalam kalangan remaja zaman skang....betol??
    sedangkan dlm islam....'bercinta boleh tp lps kawen dan berkapel tidak boleh..'
    sbb ape x boleh..sbb berkapel lbh berlandaskan nafsu semata2..dan kebarangkalian untk 'zina' adalah tinggi..'zina' ada byk jenis kan??
    zina hati..zina mata...zina tgn....etc...
    so..jika remaja skang tau buruknye berkapel..mereka akan elak seboleh mungkin..krn lbh byk buruk dr baiknyer...sy pasti suadra tidak berkapel..utk elak dr 'zina' dan juga prkara2 lagha... wassalam...

    ReplyDelete
  2. yer...
    saya bersetuju dengan pendapat saudari..
    remaja seronok dengan bergelumang dengan maksiat tanpa mereka sedari..
    nafsu yang membara menyababkan mereka lupa dan alpa dengan keseronokan dunia..
    jadi,jalan yang terbaik adalah dgn bertaubat dan mempamirkan akhlak yang mulia...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...