sila tinggalkan jejak anda...thanks

u

Friday, August 13, 2010

Ramadhan...madrasah tarbiyah




Ahlan wasahlan ya ramadhan..

datangmu hanya sekali..
membawa rahmat bagi sekalian alam..

Itulah madrasah ramadhan yang hanya datang sebulan dalam setahun.Ramadhan kali ini membawa seribu pengertian bagi kita kerana bulan untuk mentarbiah diri kita ke arah
mancapai mardhatillah.Ramadhan tidak seperti bulan-bulan yang lain.Di sini Allah s.w.t menurunkan rahmat dan nikmat kepada manusia melimpah ruah dan hanya kita yang bertaqwa dan beriman kepada allah menyedari akan kekuasaan dan nikmat kurniaan allah.

Kenapa kewajipan berpuasa diturunkan kepada umat manusia?
Dari sudut sains kita dapat melihat bahawa ramadhan memberi kerehatan perut kita daripada memproses makanan yang kita makan selama 11 bulan.Jadi,bulan ramadhan dapat menyucikan perut dan mengekang hawa nafsu dari makan dan minum di siang harinya.

dalam al-quran allah s.w.t ader berfirman:

Firman Allah S.W.T:
“ “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183) ”

Justeru,kita juga perlu ada target yang mahu dicapai pada bulan ramadhan.
Sebagai contoh,jika saya sudah berumah tangga,target saya mendapat anak seramai 11 orang contohnya....huhu..ataupun target saya mendapat 10 tapak perniagaan menjelang bazaar ramadhan yang akan datang..=)..Jadi sahabat-sahabat begitu juga ramadhan,target kita adalah sepertimana firman allah iaitu menjadi orang yang bertaqwa.Itulah satu kepastian dan objektif yang perlu dicapai bila berkhirnya madrasah ramadhan.


Dalam satu hadis baginda ada bersabda:

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......." ”

Jadi,sahabat-sahabat,bila datangnya ramadhan,gunalah peluang sebaiknya kerana datangnya hanya sekali.Perbanyakkan amalan sunat disamping amalan fardhu tidak ditinggalkan.Barangsiapa yang melakukan amalan sunat,maka amalanya diangkat sebagai amalan wajib dan amalan wajib dilipat gandakan ganjaran pahala.

Dalam sebuah hadis baginda juga bersabda:

"Beliau bersabda:

“Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan(solat tarawikh) semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau"

Mudah-mudahan kita tergolong daripada golongan yang sentiasa mendapat keredhaan allah s.w.t.Kejarlah ramadhan sebelum hilangnya ramadhan yang penuh baraqah dan rahmah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...