sila tinggalkan jejak anda...thanks

u

Monday, February 6, 2012

Nabi Muhammad S.A.W sbg. Uswatun Hasanah(tauladan yg terbaik)




“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi kamu, yaitu bagi orang-orang yang mengharapkan menemui Allah dan Hari Akhir dan mengingat Allah sebanyak-banyak” (QS Al Ahzab 33 : 21).


Assalamualaikum w.b.t...
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Sekian lamanya blog ini tidak tercoret.Bersekempatan dengan maulidur rasul,terdetik dihatiku ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat untuk melahirkan rasa cinta dan sayang kpd junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W..

Pada tanggal 12 Rabiul awal tahun gajah atau tanggal 20 April 571 Masehi yang lalu telah lahir seorang manusia yang menjadi Rahmatan Lil Alamin dan menyandang derajat keterpujian yang tidak terukur ketinggian dan kesempurnaannya serta kelak membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia. Manusia tersebut adalah Ahmad yang kemudian menyandang nilai-nilai Ke-Muhammad-an yang sangat tinggi sehingga beliau berhak menyandang gelar Muhammad yaitu yang sangat terpuji dan selalu dipuja dan dipuji, yang menjadi Rahmatan Lil Alamin dan Uswatun Hasanah bagi seluruh makhluk yang ada di alam semesta Raya ini.
Mempersaudarakan aus dan khazraj dengan menguburkan semangat assabiah dikalangan masyarakat arab pada masa itu.

Baginda juga menjelaskan Islam bersikap adil pada semua makhluk.Jadi,kebanyakkan golongan yang pertama memeluk islam adalah dikalangan orang yang ditindas seperti hamba sahaya.Baginda juga mempamirkan akhlak yang mulia.Berkata benar sehingga digelar al-amin.Baginda Rasulullah S.A.W amat menyayangi bapa saudaranya(Abu Talib) kerana bapa saudaranya sanggup melindungi baginda ketika baginda dicemuh oleh bapa saudaranya yang lain.

Kenapa kita perlu berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W?

Hal ini kerana untuk melahirkan rasa cinta kepada nabi Muhammad S.A.W.Sejak mendapat wahyu yang pertama di gua hira',bermula kisah perjalanan hidup baginda sebagai seorang rasul.

Baginda didatangi malaikat yang mengakatan “Bacalah!” Rasulullah saw menjawab, “Aku tidak bisa membaca”. Kata Rasulullah saw: “Lalu malaikat itu memelukku keras-keras sehingga nafasku terasa sesak, kemudian dia melepaskanku, lalu dia katakan lagi, “Bacalah!” Aku menjawab “Aku tidak bisa membaca”. Dia memelukku lagi lagi (kedua kalinya) dengan keras sehingga nafasku terasa sesak, lalu dia melepaskanku, kemudian dia membacakan, “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Tuhanmulah yang maha pemurah”, (QS.Al-laq: 1-3)

Nabi Muhammad S.A.W merupakan insan yang teragung dan mulia disisi Allah.
Baginda merupakan keturunan nabi Ibrahim(dikenali juga abu basyar) a.s dan nabi Ismail.
Baginda berketurunan bani hasyim hasil daripada pernikahan Abdullah(bapa nabi) dan siti Aminah(ibu nabi).

Baginda Rasulullah S.A.W berdakwah selama 23 tahun semenjak diangkat menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun.Baginda berdakwah dan menekankan aqidah selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.Selama baginda Rasululllah berdakwah,pelbagai ujian dan peperangan baginda lalui demi menyebarkan Islam dan mengagungkan Allah.Dugaan nabi begitu besar sehingga bapa saudaranya(Abu Lahab)sendiri yang menentangnya secara kekerasan untuk membunuh nabi.

Akan tetapi,Allah itu maha adil.Allah telah mengurniakan nabi beberapa orang sahabat untuk membantu perjuangan nabi spt Saidina Abu Bakar As-Sidiq,Saidina Umar al-khattab,Saidina Othman bin Affan dan Saidina Ali b. Abi Talib.

Selapas kewafatan baginda nabi Muhammad S.A.W,para sahabat pula menyambung perjuangan nabi atau digelar zaman khulafa ar-rasyidin.

Jadi,pada hari ini kita sebagai umat Islam sepatutnya rasa bersyukur atas 2 nikmat yang paling besar yang dikurniakan Allah iaitu iman dan Islam.Bagi melahirkan rasa syukur sbg hamba Allah,wajarlah bagi kita menabdikan diri pada Allah dan mengikut sunnah perjuangan Rasulullah S.A.W.

Pada khutbah terakhir baginda bersabda

Firman Allah:
“Pada hari ini,telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuridhai Islam itu jadi agama bagimu.”
(QS. Al Maidah 5: 3)


~Ayat ini menerangkan Islam sudah sempurna dan tugas Rasulullah S.A.W sudah selesai.Para sahabat faham dan bersedih kerana nabi akan wafat tidak lama lagi.
Setelah nabi wafat,maka menangisla para sahabat sehingga ada yang merintih-rintih.

“Siapa yang menyembah Muhammad bin Abdullah, beliau telah mati. Siapa yang menyembah Wajah Allah, Dia-lah Yang Maha Abadi” (Abu Bakr Ash Shidiq)

“Dan janganlah kamu anggap mati orang-orang mati di Jalan Allah, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dan diberi Rezeki” (QS 3 : 169)

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...