sila tinggalkan jejak anda...thanks

u

Sunday, January 9, 2011

Di mana akhlak kita?...

assalamualaikum w.b.k..

cukup sedih bila melihat remaja zaman sekarang leka dan alpa dengan keseronokan dunia..
Statistik yang dikeluarkan oleh melaysiakini setiap hari ada sahaja bayi yang dibuang..
kita melihat bahawa antara faktor kerosakan akhlak remaja zaman sekarang adalah disebabkan membudayakan budaya couple di alam persekolahan mahupun kampus..
bila dah terlajak...
si lelaki tidak ambil tahu akan tanggungjawab terhadap si perempuan..
kenapa ini berlaku???
kita hairan kerana setiap kali masuk waktu solat kita menunailkan solat sehari semalam..
akan tetapi,solat kita tidak dapat membendung daripada melakukan kemaksiatan dan terus bergelumang dengan dosa..
adakah solat kita sekadar melepaskan batuk ditangga ataupun sambil lewa???
sama2 kita muhasabah...
jadi..jalan yang terbaik adalah..dekatkan diri dengan allah(taqarrub) dan mempelajari ilmu agama serta menjaga adab pergaulan(akhlak) kita sesama muhrim..

akibat perbuatan zina:














adakah kita masih buta dan tuli???
sanggupkah adik-beradik perempuan kita dilakukan sedemikian..
tepuk dada tanya iman...
ingat wahai golongan adam..
pergauilah golongan hawa ini dengan cara yang baik yaitu halal(niqah) kerana yang haram itu membawa kemudharatan kepada kamu...seperti wabak aids dan sebagainya..

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”

Sememangnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan kotor sehinggakan Allah memerintahkan mereka yang berzina di hukum dengan 100 kali sebatan, sebagaimana yang Allah firmankan dalam surah An-Nur ayat ke-2, yang bermaksud: “Perempuan-permpuan dan laki-laki yang berzina, hendaklah keduanya didera(sebat) dengan masing-masing 100 deraan(sebatan).”

Mungkin kerana hukuman yang diwajibkan oleh Allah ditentang serta system kawalan masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab terlalu lembab ditambah lagi dengan ceteknya ilmu dan lemahnya iman menyebabkan kes zina semakin merebak.

Amat malang lagi sekiranya mereka yang terus denga perbuatan hina ini dan mati sebelum bertaubat kerana seksaan di akhirat leboh dasyat dari 100 sebatan.

Rasulullah s.a.w ketika Israk dan Mikraj di perlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Mereka diganting pada buah dada mereka dengan rantai api neraka sedang dari kemaluan mereka keluar nanah dan lender yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka sendiri mengharap dan mengeluh, meminta agar mereka dijauhi dari penzina tersebut.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Takutlah kamu berbuat zina kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 macam bala dan seksaan.

Tiga bala sewaktu didunia iaitu:

-Allah mengurangkan rezekinya

-Hilang keberkatan hidupnya

-Seksaan sewaktu nyawanya dicabut.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...