sila tinggalkan jejak anda...thanks

u

Wednesday, July 7, 2010


"ISRA' DAN MIKRAJ"..SATU KEAJAIBAN





Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Mafhum Firman Allah S.W.T. :
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).


Selawat dan salam buat Insan Teristimewa Nabi Muhammad saw yg dipilih Allah Taala utk berjumpa terus adengan Nya..melampaui kehebatan Jibril a.s yg akan terbakar jika bersama-sama dengan Rasulullah menghadap Allah Taala.

" Isra'dan mikraj"

Isra' dan mikraj

Isra' bermaksud perjalanan rasulullah dari masjidil haram di Makkah ke masjidil aqsa di baitul maqdis,Palestin.

Mikraj pula adalah perjalanan rasulullah s.a.w naik langit yangke-7 iaitu (sidratul muntaha)untuk bertemu dengan Allah s.w.t.


Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj


Sebelum Israk dan Mikraj


Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.



Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Thursday, July 1, 2010

Antara ilmu,iman dan amal....


assalamualaikum semua..

alhamdulillah.......
kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang sejauh mana ilmu,iman kita dan amalan yang kita lakukan sehingga saat ini...
sememangnya ilmu itu umpama nur atau cahaya yang menyelubungi hati manusia dari jahiliyyah kepada nur atau sinar ketaqwaan..

bercakap tentang ilmu,
Allah ta’ala berfirman:

“Dan bertanyalah kepada orang2 yg berilmu jika kalian tdk mengetahui.”

Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yg Allah kehendaki kebaikan bagi maka Allah akan memahamkan dlm agama.”

Adapun perkara yg paling penting dlm menuntut ilmu adalah membaca Al Qur’an Al Karim dan memahami makna serta mencurahkan perhatian dan mempelajari sunnah-sunnah Rasulullah juga mengambil faidah dari kitab-kitab ahlus sunnah kitab tafsir Al Qur’an Al Karim dan kitab-kitab yang menerangkan hadits-hadits Nabi.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik kalian adalah orang yg mempelajari Al Qur’an dan mengajarkannya.”

Baginda juga mengatakan:

“Barangsiapa menempuh jalan utk menuntut ilmu mk Allah akan memudahkan bagi jalan menuju syurga. Dan tidaklah berkumpul suatu kaum di salah satu dari rumah-rumah Allah mereka membaca Kitabullah dan saling mengajarkan di antara mereka kecuali akan turun kepada mereka ketenangan diliputi oleh rahmah dikelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut-nyebut mereka kepada siapa saja yg ada di sisi-Nya".

Begitulah sahabat-sahabat,betapa mulianya Allah meninggikan darjat orang yang berilmu.Di dunia juga Allah telah tunjukkan.Lihat sahaja para cendekiawan islam seperti ibnu-sina,al-khawarizmi,ibnu qayyum al-jabbar dan sebagainya.
Mereka menghabiskan masa dengan mengkaji ilmu allah dari segenap aspek.
Maka lahirlah tulisan seperti al-Tibb yang menceritakan tentang rupa bentuk tubuh manusia,haiwan dan sistem saraf yang terdapat di dalamnya.Orang yang berilmu juga sentiasa dihormati dan diberikan kepercayaan dalam mentadbir sesebuah negara seperti sultan muhammad al-fateh dan salahuddin al-ayubi.

apa kaitan antara ilmu dan iman????
orang yang beriman kepada allah sememangnya seorang yang sudah faqih dalam bidang ilmu..
kenapa???
sebab beriman seseorang itukerana apabila beliau mengenali penciptanya dengan ilmu ma'rifatullah iaitu mengenal allah.Jadi,amal ibadahnya makin bertambah,takut untuk melakukan dosa dan sentiasa menambahkan amal kebajikan setiap masa.

Kata pepatah arab:"ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah"..

Jadi,jika kita sudah menanam pokok,kenapa tidak biarkan ia berbuah?
itu adalah satu kebodohan atau kerugian kepada kita sendiri.
Jadi,ilmu yang kita ada,sebaliknya kita amalkan dan sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain.Itulah amalan bermanfaat yang masih sampai kepada kita walaupun kita sudah meninggal dunia.sabda baginda:

"apabila matinya anak adam,maka hanya 3 amalan yang akan menemaninya di alam kubur:
1.Doa anak yang soleh
2.sadaqah jariyah
3.ilmu yang bermanfaat"


Jadi,sahabat-sahabat,jadilah bijak seperti khalifah umar bin abdul aziz dan hebat seperti sultan muhammad al-fateh yang mampu menawan kota constantinople dengan kebijaksanaan dan ketaatan bala tenteranya kepada allah.

Kesimpulannya,kita masih belum terlambat untuk berubah.Yang mana kurang kita tambah dan yang mana dah cukup biar tambah sampai melimpah-limpah yer..huhu..
Dan jadilah kita pemimpin atau guru kepada anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan mampu mendoakan kita bila kita sudah tiada lagi..
wallahua'lam.

Tuesday, June 22, 2010

Guru...Jasamu dikenang selamanya..





(Sajak untuk guru)

Guru...

tanpamu aku tidak bisa berdiri di menara gading,

kau mendidik anak bangsa tanpa jemu,

dari bertatih..engkau mengajar kami berjalan,

dari gagap tutur kata,kini mula lancar berkata-kata,

dari buta huruf,kini bisa mereka cerita,

dari degil dan malas,kini mampu menjadi pendita,

itulah guruku,semangatmu bagai api yang berkobar-kobar,

membakar dan menyala menerangi manusia...




Ya...
sememangnya setiap insan tidak kira doktor,profesor,saintis,jurutera
atau sesiapa sahaja lahir dari didikan seorang guru..
Guru umpama lilin yang menerangi kita semua tidak kira warna kulit,bangsa mahupun agama..
segala-gala membantaskannya atas satu pegangan iaitu memberi didikan atau mentarbiah seseorang individu..

daripada menulis..kini mula mengeja..
daripada mengeja..kini sudah pandai membaca..
daripada membaca..kini sudah mula menulis cerita..


saya pasti setiap insan mempunyai pengalaman semasa di alam persekolahan.

pengalaman semasa di sekolah rendah...

cikgu norhayati..
sememangnya nama yang tidak asing lagi bagi murid-murid sek. keb. jalan pasar 2,
guru muda...masih garang lagi la katakan..
mengajar kami matematik..
minggu pertama darjah 6,

"bangun sume"..jerit ketua darjah saudara izham...
"assalamualaikum cikgu"..


huhu...memang seronok zaman sekolah rendah..
taat dan patuh pada ketua darjah..
selepas itu cik norhayati memperkenalkan namanya..
minggu pertama sekolah memang bersemangat..
darjah 6,sepatutnya sifir 1 hingga 12 wajib hafal..
kalau tak..duk darjah 1 balik la..huhu..(penulis berseloroh)

"ok sume..mulai saat ni dan minggu seterusnya setiap kali kelas saya lepas beri salam sume kena bangun yer"..kata cik norhayati.
"erm????..kenapa plak"..fikirku..
"saya akan soal kamu sifir dan pastikan kamu sudah lancar sifir 6 hingga 12.."
"uishhh..balik ni kena study sifir nampaknya"..ak bermonolog..

keesokan harinya..

"ok..sekarang saya nak suma bangun"...kata cikgu norhayati...
ditanganya disiapkan dengan rotan..
"wah..takot siot"..kataku pada nadhir..rakan sebelahku..
"8x9 berapa?" tanya cikgu pada hanis..
"erm....."..hanis terdiam
"lambat..angkat tangan"..sambu cikgu hayati.
"piyapppppppppp...."rotan menghinggap tangan hanis..
"awww.."..hanis bersuara..
"cam ni habisla kita izzam.."kataku..


saat ditunggu-tunggu telah tiba..
kini cikgu norhayati di depanku..

"7x9 berapa?"..
"krukk.krukk"..aku menggaru kepala..
"lambat...tadah tangan"..cikgu norhayati
"piyapp....".."adoiii..."..aku berbunyi sambil mengusap tangan..

begitulah setiap kali kelas matematik..
sehinggakan semua murid dapat A dalam subjek matematik.
memang berkesan..
kalau tidak..mungkin saat ni penulis tak khatam sifir 12 lagi..huhu~

ini serba sedikit cerita penulis semasa dia alam persekolahan..
seronok sangat..makan murah..belanja pun x mewah..
seronok dengan kawan-kawan..

Itulah guru kita..
berbeza dengan murid-murid sekarang..
rotan tak boleh..silap2 cikgu pula kena buang..
kesian..=(


Kisah imam syafie satu teladan..


Kisah imam syafie menghormati gurunya sungguh hebat..
tidak pernah meninggikan suara dan hanya berkata apabila perlu sahaja..
beliau berguru dengan imam malik.
imam syafie seorang yang halus dan teliti.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Jadi...dimanakah kita???
sejauh manakah keberkatan ilmu yang kita pelajari?
mampukah kita menjadi sehebat imam syafie??
kesimpulannya,ilmu itu bersih dan ilmu itu cahaya,
hanya masuk ke hati yang bersih dan suci..
jadi..sama-sama kita renungkan..
selamat beramal..

Monday, June 21, 2010

Malam pertama di alam kubur..sebuah ibrah



sebuah kematian..
absolutely..

mati itu adalah perkara wajib bagi setiap individu tidak kira rakyat jelata,raja,perdana menteri hatta seorang tukang kebun..
Jadi..apakah persediaan kita bagi mengahadapi kematiaan yang sememangnya telah tertulis di luh mahfuz..
apabila seruan ALLAH "qun fayakun"..
maka tidak kira kemana sahaja kita pergi..
nescaya malaikat izrail sentiasa bersedia untuk mengambil nyawa kita yang azalinya adalah milik ALLAH..

Penulis teringat sabda rasulullah s.a.w junjungan besar kita..
"Orang yang bijak dikalangan kamu adalah mereka yang sentiasa mengingati mati"
Itulah kematian..tiada siapa yang dapat menolaknya..hatta dikumpulkan seluruh doktor untuk mengubati orang yang akan mati..nescaya tidak termampu untuk mengatasi kehendak
qada' dan qadar Allah..

Itulah kematian,yang memusnahkan semua kelazatan.Yang mencerai-beraikan kumpulan.Yang memisahkan kita dengan dunia yang sementara..
Yang memisahkan dengan harta dunia..
Yang menjadikan anak-anak baik(lelaki ataupun perempuan)yatim.


Taqdir selalu mengintai di setiap negeri,

Taqdir pula bersiaga menghancurkan setiap hamba,

Kau pasti akan melihat sebuah kaum yang kau jumpai,

Sebagaimana yang menimpa kaum tsamud dan Ad,

Apakah kau teringat apa yang berlaku kepada Bani Asfar,ahli bangunan dan
penakluk gunung?

Apakah kau ingat apa yang berlaku pada Bani Sasan,yang menjadi benteng yang ganas
dan hitam?

Dimanakah daud dan Sulaiman,panglima yang mempertahankan pasukan.

Dimanakah Namrud dan anaknya,

Dimanakah Qarun dan Haman yang mempunyai banyak tentera?

Semuanya tenggelam dalam pusaran takdir dan tidak pernah muncul kembali,

Lupa ataukah kamu pura-pura lupa terhadap takdir kematian,

Apakah kamu lupa terhadap hari perpisahan dengan anak-anak?

Apakah kamu lupa terhadap qubur?

Yang akan menjadi tempat tinggalmu,ditemani kehinaan,kengerian dan sendiri?

Di hari apakah kamu akan dijemput ajal?
Ketika itu kamu dipanggil..dan kau tidak mampu menjawab,

Dihari apakah perpisahan itu terjadi,saat seluruh isi tebuhmu tergoncang.

Di hari apakah perpisahan itu terjad,saat kau menghadapi detik-detik kematian
dengan susah payah,

Dihari apakah jeritan itu, ketika wajah yang ceria dan indah, kini muram,

Mereka menangisi mayatmu dan berdukacita,dengan hati dan jantung yang berdegup
kencang,
Tangis yang nyaring silih berganti.Air mata berlinang derastanpa henti,

Dihari apakah saat kita tegak berdiri di hadapan Allah.Saat terjadi perhitungan
amal dan persaksian,

Dihari apakah kita nanti akan meniti di atas neraka. dalam gelora yang hebat dan
maha dasyat,

Dihari apakah nanti kita akan dibebaskan dari neraka,azab dan belenggu,

Berapa..berapa banyak raja yangkini menghuni kubur,

Berapa..berapa banyak panglima perang yang kini kaku di alam baka,

Berapa..berapa banyak ahli dunia yang terkubur di liang lahad,

Dan berapa banyak mereka yang zuhud kini membisu di telan tanah,

Semuanyatenggelam dalam takdir kematian,tanpa dapat lagi keluar darinya..

Sunday, June 20, 2010

pengalaman masa lalu..

lumrah insan..


Sudah menjadi kebiasaan remaja apabila apabila tamat persekolahan ingin sahaja mencari pengalaman bekerja..
begitu juga dengan jiwa penulis..
sejarah pengalaman memang banyak..
menjelang cuti sekolah..
memang tidak boleh duduk diam..
mahu sahaja kaki ini digerakkan kemana-mana agar boleh mencari sedikit rezeki untung menampung duit poket tambahan..
tanya sahabat-sahabat..





"salam..faris...ko wat per skrng???"
"aku duk umah jer.."sambutku..
"owh...x cari keja ker?"sambut kawanku..
"adela juga mintak..tp x tau dpt ke tidak" sambungku lagi...
"ok..ak nak chow dulu..ader keja cket"nuar meminta izin..
"ok..assalamualaikum"
lebih kurang begitulah perbualan kami...



Dengan berkat usahaku..akhirnya aku dapat bekerja disebuah restaurant fastfood iaitu KFC..
"alhamdulillah,bole tambah duit poket"..dalam benakku..
Kerja di kfc ni memang satu pengalaman yang baru bagi jiwa penulis..
rasa macam kerja dengan kontraktor...
masuk kul 12tnhari..blk 12 tngh malam..


"perghh..kalo mcm ni hari2..bole pengsan aku"..fikirku..
penulis bekerja di dapur..
setiap mase kena goreng ayam.."plucking"bulu ayam yg masih "frozen"..
"kalo kat rumah,malas pulak nk tolong mak"..kataku...




Penulis sempat bekerja di kfc selama 4 bulan..
berkawan dengan "foreingners" dari nepal merupakan memori yang menarik..
belajar "spaeaking" dengan mereka..cerita kisah hidup mereka dan "culture"
disana..yang penulis kagum..ader yang mempunyai "qualification dlm bidang "bussiness study" tapi still mahu kerja di malaysia...huhu...
rakan-rakan lepasan spm juga ramai...akmar..fahmi..zul..masing-masing menyambung pelajaran selepas tamat spm..

Sejak itu,baru penulis merase keperitan mencari nafkah bagi yang bergelar ibu dan ayah..
memang..nak cari duit untuk menampung keluarga bukan satu benda yang mudah..
salah buat kerja..kena dimarahi bos dan sebagainya..
terima kasih mak ayah kerana telah membesarkan aku dalam keadaan yang sempurna dan kasih sayang..

Kisah pekerjaan penulis di kfc adalah permualaan..
setakat ni lebih 4 buah employee penulis bekerja..
parkson..petronas..jusco..Mydin(the latest)...


Bagi penulis...kerja-kerja juga..tapi..akedemik jangan diabaikan..
kerana akademik penting untuk menjadikan masa depan penulis cerah pada masa akan datang..
Semoga penulis berkongsi dengan sahabat story ni supaya kita menghargai ibu bapa kita setiap hari bekerja siang dan malam demi mencari sesuap nasi..
alhamdulillah...kerana pada saat kini..ibu bapa kita masih menanggung kita walaupun kita mampu berdikari....



Jadi..sempena "hari Bapa" semalam..rasenya masih belom terlambat bagi saya untuk mengucapkan "selamat hari bapa"..buat bapa-bapa sedunia..
sememangnya..pengorbanan mereka membesarkan kita tidak terhitung dengan wang ringgit..
semoga kita dapat menghargai mereka selagi nyawa dikandung badan...
sekian...

azam baru...

assalamualaikum w.b.t..

Hari ini dalam sejarah...
tanggal 20 jun 2010..
terdetik dimindaku satu perkara yang tidak pernah ku duga selama ini...
mencipta sebuah blog atau dimensi yang tidak asing lagi bagi penulis atau individu untuk menceritakan pengalaman,perkongsian dan sebagainya..

mungkin ini adalah permualaannya..
mengapa pena penulis menjadi tajuk utama
blogger ini???

Ini kerana keinginan penulis untuk cuba mendalami dan belajar berkongsi dengan sahabat-sahabat samada dari sudut ilmu mahupun pengalaman..
dan "AKU" or "ANA"adalah nama "character" yang akan mengisi ruang blogger ini...
Jadi...semoga blogger ini dpt menjadikan aku seorang yang matang dan faham dalam menangani mehnah dan tribulasi yang melanda ummah masa kini...

Bermonolog dalaman...
"erm...mmber len sume dah ader blog..ape plak perkongsian yg aku nk kongsikan dengan sahabat-sahabat..."..
"oh ya...minggu depan dah nak mula minggu haluan siswa:..
mungkin tajuk selanjutnya...
"budak-budak masok skolah"..
huhu..
x sdap....
ha...
"alam baru..wajah baru..azam baru.."
menarik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...