sila tinggalkan jejak anda...thanks

u

Saturday, November 20, 2010

The Last Paper...

assalamualaikum....
to all my frenz..
just berkongsi..
why last paper?
huhu...soon,at 8.30pm di PBPI(BK 5) bertarikh keramat 22/11/10 ak akan menamatkan pengajian semester ini dengan paper terakhir yang agak memerahkan kapala buat para mahasiswa khususnya my clasmate...
'converter'..
what is that?
ha...inilah dia kertas killer subjek tahun empat kat UTeM ni semester ini..






This is my course paper la.."dont worry"..memang bnyak derivation..yang mengajar pun seorang professor PM Dr.Ismadi Bugis..ak semadikan my prof name..proud having lecturer mcm prof..
import lagi 2...bak kata senior...paper ni mmg banyak derivation..buat yang minat add math zaman SPM dulu jauh lebih kacang dari yang ini...kalau dapat solve problem tu dah taraf2 prof la...haha..just kiding..
anyway..sebelum mengadap paper terakhir ni..buat kawan2 my classmate..jgn frust sangat..fokuskan matlamat anda...dean list sem ni...apa macam?????
=)..insyaallah....




amalkan D.U.I.T...(doa+usaha+ikhtiar+tawakal)...haaa...itulah kejayaan sebenar..
satu lagi..study2 juga..tetapi solat dan zikir jagan dilupakan sahabat2.sesiapa yang menuntut ilmu adalah salah satu jihad di jalan Allah..jadi..pastikan kita sentiasa dekat dengannya..
Buat yang baru nk mula final exam..good luck dan mantapkan usaha anda...insyaallah kejayaaan bersama anda..
ok..sekain untuk kali ini...

Sunday, October 24, 2010

kawin dulu..cinta kemudian..setuju??




erm....tiba-tiba terpikir nk tulis entry ni..
mungkin ramai yang kurang setuju pendapat bahawa bercinta selepas kawin..
boley ker?...ok ker?...segan ler...malu ler...
mcm2 perkara terbayang buat pasangan yang belom berumah tangga..
mcmner yek....
memang x dinafikan,perasaan cinta dan kasih sayang adalah lumrah alam..
atau sunnatul hayat..Allah menciptakan makhluk di muka bumi ini berpasang-pasangan..

Firman ALLAH yang bermaksud:
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya." (Yassin:36)

Jadi,tidak perlu risau tentang jodoh pertemuan..
semuanya ditentukan oleh allah diluh mahfuz..
ader orang bertanya...
mcmne nak tahu dia 2 jdoh kita or bukan ?????
erm....memang betol...kita tidak tahu siapa jodoh kita..
tetapi nabi telah mengajar kepada kita supaya melakukan solat istikharah..
iaitu dengan kita memohon petunjuk kepada allah supaya mempermudahkan kita dan memberi petunjuk tentang orang yg kita kenali....

ader yang mengatakan dapat petunjuk melalui mimpi dan sebagainya....
tapi yang penting hanya si peminta sahaja yang mengetahui akan gambaran yang allah berikan padanya...

Bila dah bercinta,kita dah knal pasangan masing2 dari hujung rambut sampai hujung kasut...jadi,dah xder modal atau air liur nk drperkatakan..
bila dah kawen,perkahwinan jadi borink dan rumah tangga retak..
anak bersepah sana sini x tentu hala...salah siapa??...
tepuk dada..tanya iman..
semakin banyak madu kita hirup di gerbang percintaan,semakin banyak hempedu kita terima bila di alam rumah tangga...so,bnyakkan minum madu masa lepas kahwin nant...ok..=)




Tuntasnya,kalau asyik bercinta jer..bila nk kawennya...asyik syok dibuai nafsu semata-mata...Oleh itu,buat yang berkemampuan,even student kalau rase dah ckup duit atau nak avoid something yang x elok..elokla kawen cepat2..
ataupun janganlah bercouple dahulu...(pesanan wat diri sendiri juga)...
renung-renungkan dan selamat beramal....

Tuesday, October 19, 2010

the memoirs...

Gunung Ledang....satu penantian..

Gunung Ledang merupakan sebuah pengalaman yang tidak dapat penulis lupakan bersama-sama sahabat-sahabat yang tercinta..
Terletak berdekatan Asahan dan merupakan tempat yang strategik dan begitu indah untuk dilewati oleh seisi keluarga..
buat yang gemar berkelah bersama keluarga,gunung ledang adalah tempat yang sesuai dan sememangnya memberikan kepuasan buat mereka yang inginkan ketenangan melihat kejadian ciptaan ALLAH s.w.t...






Penulis berjaya menawan gunung ledang buat pertama kalinya bersama-sama beberapa teman seperjuangan..
Pendakian yang mengambil masa lebih dari 8 jam sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi dan jiwa yang kental...
menerokai dan menyusuri liku-liku sungai sememangnya seronok serta mencabar dan suara unggas hutan yang menyanyikan lagu-lagu secara berirama menenggelamkan gelak tawa sahabat-sahabat yang lain..=)




Bagi penulis,merancang ingin menawan gunung tahan pula selepas ni...
jom kita ke Sabah....mana tahu jumpa reflesia pula kan....=)




Di dalam Al-Qur'an peranan gunung ganang itu dibandingan dengan 'pasak'.

Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung

sebagai pasak?. (Surah an-Naba; 6-7)

Al-Qur'an menyebut;

dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang

bersama kamu… (Surah Luqman;10)

Tuesday, October 5, 2010

cinta anta anti






Pesona Cinta

Pesona Cinta
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz

Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah..

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Susunan Muzik : Eddy Slam
Penerbit : Faizal Osman
Hakciptaa : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Friday, August 27, 2010

Nuzul Quran..."one miracle"



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ramadhan bulan yang penuh baraqah...bulan yang mana diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk buat manusia sekalian alam.
AL-Quranul qarim adalah mukjizat agung yang terbesar nabi Muhammad s.a.w yang mana tidak seorang manusia yang mampu menandingi bahasa dan isi kandungan al-quran dan ALLAH s.w.t sentiasa memelihara AL-quran sepertimana firmannya:

“Sesungguhnya Kami-lah yang telah menurunkan peringatan ini dan sesungguhnya Kami-lah pemeliharanya”. (QS.Al-Hijr:10).

Sebagai individu muslim,kita sewajarnya perlu mengetahui sejarah penurunan al-quran kerana al-quran merupakan panduan atau bekalan hidup kita di dunia.Membaca al-quran sahaja tidak cukup tanpa mendalami dan memahami isi kandungan al-quran itu sendiri.
Al-quran sepatutnya dijadikan teman hidup dan dibawa kemana-mana agar memberi kekuatan kepada kita dalam menempuh mehnah dan tribulasi masa kini.
Kekangan nafsu dan syahwat merupakan agenda penting yang perlu dididik awal-awal kerana mampu merosakkan akhlak pemuda-pemudi masa kini.
Lihat sahaja keadaan masyarakat masa kini yang telah rosak disebabkan perhungan yag terjalin tanpa batasan syariat yang menyebabkan kelahiran anak luar niqah.Hal ini merupakan barah atau penyakit sosial yang melanda masyarakat dunia masa kini.



Firman ALLAH:

"..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..."
[24:30]

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.."
[24:31]

"..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan..."
[24:32]

"..Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.."
[24:33]

Jadi,jelas ayat ALLAH melarang perbuatan perhubungan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah.Itulah al_quran yang menerangkan peraturan dan wasilah perjalanan hidup dari zaman nabi adam hinggalah umat akhir zaman.

Berbalik kepada al-quran,Al-Quran mengadungi 114 surah dan 6236 ayat.Di dalamnya menceritakan tentang hukum,sirah para anbia,sains,perundangan,nasihat dan sebagainya yang syumul tanpa ada sebarang cacat selanya.Itulah qalam ALLAH s.w.t yang ditutunkan daripada luh mahfuz(arash ALLAH) secara serentak ke sidratul muntaha sebanyak 30 juzuk.
Kemudian di turunkan ke baitul-izzah(langit dunia)dan seterusnya kepada nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat-peringkat melalui malaikat Jibril a.s.Wahtu pertama adalah Surah AL-Alaq(ayat 1~5)yang menyuruh kita membaca atau menuntut ilmu.
Itulah keajaiban al-quran yang berlaku pada junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w.

Kemudian wahyu ke-2,surah al-muzammil yang mana menyuruh nabi bangun dari selimut/tidur dan mengerjakan solat.

Sebab nuzul surah ini ada 2 pendapat.

1.Orang quraish berkumpul di darulnadwah dan merancang untuk meruntuhkan dakwah rasulullah.Rasulullah tahu,maka baginda berselimut dan tidor.
2.Rasulullah diwahyukan beruzlah selama 3 tahun sebelum kerasulannya dan beribadah digua hira'.

Al-quran adalah senjata umat islam.Jadi senjata ini perlu dibawa kemana-mana umpama kita membawa wang untuk membeli makanan ataupun keperluan harian.manfaatlah membaca al-quran dibulan ramdhan ini kerana sabda baginda muhammad s.a.w:

"Kepada kamum yang suka berjemaah di rumah-rumah ibadat, membaca Al-Quran secara bergiliran dan mengajarkannya terhadap sesamanya, akan turunlah kepadanya ketenangan dan ketenteraman, akan terlimpah kepadanya rahmat dan mereka akan dijaga oleh malaikat, juga Allah akan selalu mengingati mereka"
(diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah)

Dalam beberapa hadis yang lain,baginda ada bersabda.
Dipetik dari muttaqim.blogspot.com

HADIS-HADIS TENTANG KELEBIHAN MEMBACA &
MENDENGAR BACAAN AL-QURAN





Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”.
– Hadis Riwayat Muslim.


Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya”
Hadith riwayat Bukhari.

Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”
Hadith Riwayat Muslim.

Dari Nawwas bin Sam’an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya”.
Hadis Riwayat Muslim (dengan riwayat yang sahih)


Sabda Rasulullah s.a.w:
‘ Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf ‘
(Riwayat al-Tirmidzi)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Bacalah olehmu akan al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat memberi syafa’at kepada pembacanya”
(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran”
(Riwayat al-Tirmidzi)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari qiamat”
(Riwayat Ahmad)

Jadi sahabat-sahabat rebutlah peluang dalam ramadhan yang berkah ini.
Itulah janji ALLAH bahawa telah dijadikan satu malam yang mana penuh baraqah dalam bulan ramdhan iaitu lailatul-qadar.Sepertimana firmannya:



Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5).

Saturday, August 21, 2010

Statistik Iklim Sosial Negara : Parah !



1. Saya agak terperanjat apabila posting atau kenyataan saya mengenai punca berlakunya gejala buang bayi pada hari ini masih ditempelak. Sebahagiannya marah - marah kerana saya mengaitkan Malam Sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Malam Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan negara sebagai antara detik mulanya episode kejam ini iaitu buang bayi .

2. Sebahagiannya secara sinis mempersoalkan kenyataan saya dengan bertanyakan bukti . Sememangnya saya tidak mengemukakan bukti dalam posting saya terdahulu kerana menyangka perkara ini telah diketahui umum . Penyakit sosial dalam negara kita kini telah diketahui oleh semua dan hampir semua mengetahui apakah punca - punca utamanya selain faktor - faktor sampingan yang lain .

3. Saya akui , bukanlah semua penzinaan itu berlaku pada malam sambutan Tahun Baru atau malam Sambutan Hari Kekasih dan juga malam sambutan ulangtahun Kemerdekaan . Tetapi detik - detik perayaan dan sambutan yang diraikan ala barat secara tidak terkawal pada perayaan Tahun Baru , Hari kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan tersebut tidak boleh dinafikan bahawa ia adalah antara penyumbang besar kepada berlakunya penyelewengan sosial dan akhirnya terjerumus dalam kancah penzinaan .

4. Antara faktor lain yang telah saya sebutkan dalam posting - posting saya terdahulu bahawa ia hadhir dari satu kepincangan sistem yang kini sukar dibaiki setelah ianya jauh menyeleweng dari jalan Allah swt. kecuali menukar sistem dan peraturan yang melibatkan cara hidup agar melandasi syariat dan pedoman Rabbani [ wahyu Allah ] .

5. Antara faktor - faktor lain seperti :

* Lambakan filem dan bahan lucah dipasaran
* Laman - laman lucah di intenet tanpa sekatan
* Kurangnya didikan agama atau moral yang berkesan
* Keretakan hubungan keluarga dan rumahtangga
* Pergaulan bebas dan hidup liar tanpa tanggungjawab
* Budaya Hedonisme dan bebas agama


6. Sementara apa saya sebut mengenai sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan dalam negara kita adalah menepati salah satu dari punca yang dikenal pasti . Kali ini , bolehlah saya mengemukakan sedikit asas kenapa saya menegaskan demikian . Jika masih juga belum memadai , maaflah saya mohon , kerana saya pun tidak banyak masa untuk mengulas perkara yang telah diketahui umum .

a] Sambutan Malam Tahun Baru .

* Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang - undang Syariah jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Badarudin Ahmad Bustami berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia 16 sanggup menggadaikan maruah dengan mengadakan hubungan seks bersama 5 remaja lelaki lepasan SPM ketika menyambut malam Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Besar Kuantan Pahang .

Laporan Harian Metro [ 2 January 2009 ]

* Seorang penyampai berita swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan Tahun Baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara . Operasi tersebut diketuai oleh Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat , judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur .

Laporan Berita Harian [1 January 2009]

* Lebih 300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing - masing di tahan dan dibawa ke masjid Asy Syakirin berhampiran Menara Berkembar KLCC untuk menjalani sessi kaunseling dan motiasi dalam Ops Hijrah 2008 pada malam sambutan Tahun Baru .

Laporan Sinar Harian [ 2 January 2008 ]

* Pesta seks besar - besaran di tepi pantai di Johor Bharu bagi menyambut Tahun Baru . Syarat dikenakan ialah lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dalam manakala wanita perlu memakai G-String dan sedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan Tahun Baru.

Laporan Harian Metro [ 1 January 2009 ]

* Bagai menjadi satu trend remaja sekarang ! demikianlah kata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Ghazali Abdul Aziz selepas berjaya menangkap 56 remaja berkhalwat di bilik - bilik hotel sekitar bandar Kuantan sempena sambutan tahun Baru .

Laporan Kosmo [ 2 January 2009 ]

* Mat Zahari Ali pengunjung di Bukit Bintang memberitahu Harakah ketika ditemui pada malam sambutan Tahun Baru bahawa sambutan pada malam itu sangat menjijikkan apabila beribu - ribu pengunjung yang datang ke situ dapat menyaksikan satu tarian wanita separuh bogel di Yegas Club berhampiran Times Square pada jam 11 malam . Mereka menari dan melalak seperti hilang aqal setelah meminum arak dan berhibur secara keterlaluan . Jijik dan lucah . Sementara itu Ketua Pemuda DAP [2004] Teng Chan Kim berkata : "Malaysia sepatutnya sudah meninggalkan budaya menyambut hari besar dengan hiburan semata - mata" .

Laporan Harakah [ 2 January 2004 ]

b] Sambutan Hari Kekasih










* Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja [KEWAJA] Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu lupa diri ketika menyambut Hari memperingati Kekasih. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam kemudian mengambil pil khayal sehingga mereka berzina lalu hamil .

Utusan Malaysia [ 10 februari 2007 ]

* Pengarah Kem Modal Insan KEWAJA Yahaya Mohamed Yusof yang telah mengendalikan 3000 kes mengandung luar nikah sejak 1998 berkata : Kira - kira 50 peratus daripada mereka adalah pelajar sekolah menengah atas dan IPT dan diakui bahawa setiap kali tiba musim perayaan [sambutan], kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu .

Utusan Malaysia [ 10 Februari 2007 ]

* Baru - baru ini satu lagi kecelakaan sempena sambutan hari kekasih , apabila satu kempen "No Panties" sempena sambutan Hari kekasih dilancarkan dalam negara kita . Untuk apa sambut Hari Kekasih tanpa seluar dalam ni ? kalau tidak merancang untuk melakukan maksiat !

Laporan Harian Metro [ 14 Feb 2010 ]


7. Ya Allah ! banyak lagilah bukti dan laporan atau statistik yang boleh ditulis . Tapi cukuplah saya tunjukkan 2 atau 3 fakta tersebut dan lihat sahajalah pada angka yang terlibat sudah cukup meresahkan dan membuktikan ianya suatu yang parah . Kalau tak cukup lagi , lain kali lah saya tulis . Mungkin lepas Ramadhan nanti sebab masih banyak ibadah khusus yang saya mahu lakukan . Mungkin juga sahabat - sahabat boleh tolong sambung . Semua orang tahu lah perkara ini atau ada orang sengaja buat - buat tidak tahu . Apa boleh buat !

dipetik dari blog episodeperjuangan.blogspot.com

maka tidak dapat tidak hukum ALLAH semestinya lebih adil untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka yang melakukan zina disebabkan oleh pergaulan bebas dan hubungan seks bebas.

sepertimana firman ALLAH s.w.t:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

Friday, August 13, 2010

Ramadhan...madrasah tarbiyah




Ahlan wasahlan ya ramadhan..

datangmu hanya sekali..
membawa rahmat bagi sekalian alam..

Itulah madrasah ramadhan yang hanya datang sebulan dalam setahun.Ramadhan kali ini membawa seribu pengertian bagi kita kerana bulan untuk mentarbiah diri kita ke arah
mancapai mardhatillah.Ramadhan tidak seperti bulan-bulan yang lain.Di sini Allah s.w.t menurunkan rahmat dan nikmat kepada manusia melimpah ruah dan hanya kita yang bertaqwa dan beriman kepada allah menyedari akan kekuasaan dan nikmat kurniaan allah.

Kenapa kewajipan berpuasa diturunkan kepada umat manusia?
Dari sudut sains kita dapat melihat bahawa ramadhan memberi kerehatan perut kita daripada memproses makanan yang kita makan selama 11 bulan.Jadi,bulan ramadhan dapat menyucikan perut dan mengekang hawa nafsu dari makan dan minum di siang harinya.

dalam al-quran allah s.w.t ader berfirman:

Firman Allah S.W.T:
“ “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183) ”

Justeru,kita juga perlu ada target yang mahu dicapai pada bulan ramadhan.
Sebagai contoh,jika saya sudah berumah tangga,target saya mendapat anak seramai 11 orang contohnya....huhu..ataupun target saya mendapat 10 tapak perniagaan menjelang bazaar ramadhan yang akan datang..=)..Jadi sahabat-sahabat begitu juga ramadhan,target kita adalah sepertimana firman allah iaitu menjadi orang yang bertaqwa.Itulah satu kepastian dan objektif yang perlu dicapai bila berkhirnya madrasah ramadhan.


Dalam satu hadis baginda ada bersabda:

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......." ”

Jadi,sahabat-sahabat,bila datangnya ramadhan,gunalah peluang sebaiknya kerana datangnya hanya sekali.Perbanyakkan amalan sunat disamping amalan fardhu tidak ditinggalkan.Barangsiapa yang melakukan amalan sunat,maka amalanya diangkat sebagai amalan wajib dan amalan wajib dilipat gandakan ganjaran pahala.

Dalam sebuah hadis baginda juga bersabda:

"Beliau bersabda:

“Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan(solat tarawikh) semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau"

Mudah-mudahan kita tergolong daripada golongan yang sentiasa mendapat keredhaan allah s.w.t.Kejarlah ramadhan sebelum hilangnya ramadhan yang penuh baraqah dan rahmah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...